NUFFNANG ADS

Tuesday 18 November 2014

PERCUTIAN 5H4M DI KRABI, THAILAND (HARI PERTAMA)


Assalamualaikum, Aku dah lama tak usik blog ni tapi since aku pergi Krabi baru-baru ni, ramai pulak yang tanya aku tentang percutian aku ni. So, aku ambik peluang tu untuk cerita kat blog ni semua tentang Krabi termasuk bajet aku kat sana dan tempat best di Ao Nang Beach. Ok?

12 NOV 2014
Seawal jam 5.30 pagi mak aku dah kejutkan dari tidur sebab flight dari TGG ke KUL jam 8.20 pagi. Dalam 6.55 pagi aku dah bertolak ke airport. Selamat sampai airport dalam 7.15 pagi, terus je boarding. Oh, ada kisah lucu masa aku nak masuk departure hall. Kebetulan pagi tu, mesin scanner kat airport rosak so, pegawai yang bertugas umumkan kene cek lugguage secara manual. Habis semua barang aku dorang selongkar. Nasiblah!

Pagi tu, banyak betul halangan sebelum sampai KL. Masuk je flight, simpan luggage dah semua ready nak flight ada announce oleh pilot. Aku tak focus sangat time tu sebab ingatkan normal announce je. Baru je nak pejam mata, stewardess bangun buka tempat yang simpan lugguage yang atas kepala tu. Kalut aku time tu, “eh, dah kenape ni???” tapi aku ikot je semua penumpang lain buat. Ambik lugguage aku dan turun. Rupanya enjin flight problem so kene tunggu next flight yang dijangka pukul 11.45 pagi. Lama kot tunggu, mujur mak aku dah siap-siap bekalkan breakfast untuk aku. Tapi nak tunggu pukul 11.45 pagi tu, perut aku lapar lagi. Dan Alhamdulillah, Air Asia baik hati bagi kami semua burger dan air mineral. Tunggu punya tunggu sampai pukul 11.45, flight tak sampai-sampai jugak. Then, dengar announce rupanya pukul 11.45 pagi flight dari KL baru bertolak ke TGG dan dijangka sampai pada pukul 12.35 tgh hari dan flight dari TGG ke KL dijangka bertolak jam 12.50 tgh hari. Pukul 12.40 tgh hari flight dari KL tak jgk muncul-muncul. Aku dah berdebar semacam time tu sebab flight ke KRABI pukul 5 ptg, takut la tak sempat.

Lebih kurang pukul 12.45 jgk kot flight dari KL sampai dan kami semua bertolak dalam pukul 1.10 petang ke KL. Dan Alhamdulillah dalam pukul 2.05 ptg jugak aku selamat sampai KL. Kawan-kawan aku yang sama-sama dengan aku ke Krabi dah tunggu aku di KLIA. Tu first time aku jejak KLIA2 yang besar gedabak. Nak cari kawan aku yang bertiga tu mak ai, susah jugak nak jumpa sampai lembik dah badan aku. Mujur selipar jepun RM2 yang aku pakai untuk ke Krabi tu tak putus!

Lama tak jumpa dorang ni since semua buat Latihan mengajar kat negeri berbeza. Jumpa je, terus selfie. Hikss!

Selepas aku jumpa kawan-kawan aku yang bertiga tu, kami terus je check in. Selepas selesai semua, kami berehat dalam surau untuk sembahyang dulu sebelum bertolak ke Krabi. Alhamdulillah, tepat je jam 5.05 petang, kami dah berlepas ke Krabi.

Penerbangan ke Krabi mengambil masa lenih kurang 1 jam 20 minit. Selepas 1 jam 20 minit penerbangan, Alhamdulillah kami semua selamat tiba di airport Krabi. Sampai je di Krabi, jam di handphone korang akan automatic bertukar menjadi lambat sejam sebab waktu di Krabi lambat sejam dari Malaysia. Jadi, waktu kami sampai tu lebih kurang jam 5.20 ptg waktu di Krabi. Selepas selesai cek emigresen semua, terus je kami ambik teksi ke Ao Nang Beach. Harga sebuah teksi ke Ao nang ialah 600 bath. Harga bas pulak ialah 150 bath seorang. Kalau korang pegi dengan kumpulan yang ramai, boleh ambik van. Jadi alang-alang kami pergi berempat, kami ambik teksi sebab ia lebih cepat berbanding bas dengannkadar harga yang sama.

Masa dalam teksi, driver ni ada tawarkan kami untuk service pulang ke airport dengan harga 500 bath. So kami decide terima je tawaran pak cik ni. Perjalanan dari airport ke Ao nang Beach mengambil masa 45 minit. Dalam pukul 6.50 petang kami tiba di Ao Nang Beach untuk check in guest house yang dah di book. Guest house yang kami tempah ni namanya Popeye Guesthouse. Popeye Guesthouse ni dekat je dengan Ao Nang Beach dalam 10 minit berjalan kaki. Dekat Popeye Guesthouse ni jugak banyak kedai makan halal, family mart dan kedai-kedai jual souvenir. Jadi memang di kira untung jgk la menetap di Popeye Guesthouse ni. Tapi Popeye Guesthouse ni merupakan Guesthouse bajet. Jadi memang dorang ni tak sedia kan apa-apa. Tuala je dorang sediakan! Harga semalam menginap di Popeye Guesthouse ni ialah 500 bath. Disebabkan kami berempat, kami ambik 2 bilik. Jadi kadar bayaran untuk 4 malam adalah 4000 bath. Eh, korang jangan risau, kat popeye ada wifi, yeay!

Ni adalah keadaan dalam bilik semasa kami sampai. Kemas!

Selesai je check in dan letak segala barang yang di bawa, kami keluar untuk makan. Lapar kot, aku last makan pukul 11 pagi, makan burger ihsan Air Asia! Kiteorang makan dekat restoran Lemon. 5 minit jalan kaki dari Popeye Guesthouse. Aku tengok yang makan kat sini, majority orang Malaysia je. Kiteorang order Tom Yam ayam untuk 2 orang makan, telur dadar untuk 2 orang makan, kerabu mangga untuk dua orang makan, nasi putih untuk 4 orang dan 1 botol besar air mineral. Total untuk semua sekali ialah 370 bath. Bagi aku agak mahal la harga ni sebab makanan dia ni ciput je. Tapi Alhamdulillah dari tak dapat makan kan? Oh ya, pelayan restoran ni pandai cakap melayu.

Siap je makan, kteorang ronda-ronda dulu kawasan sekitar untuk cari pakej island hopping. Jalan, jalan, dan terus jalan sampai kami jumpa sebuah CC yang tawarkan perkhidmatan island hopping. Kami discuss harga dengan pak cik ni untuk dapatkan harga terbaik. Harga yang kami dapat memang termurah la setakat ni dari blog-blog yang aku dan rakan-rakan aku baca. Ni adalah harga yang kami dapat selepas sesi tawar-menawar :

Untuk pakej Phi-Phi island kami dapat dengan harga 950 bath by speed boat;
Pakej 4 islands kami dapat dengan harga 400 bath by long tail boat and
Untuk pakej jungle trekking kami dapat 850 bath by ekxclusif van!

Untuk pakej jungle trekking tu kami ambik pakej K, dah termasuk pegi waterfall, emerald pool, naik gajah masuk hutan dan pegi tample tiger. Korang boleh dapatkan harga yang lebih murah daripada ni sekiranya korang pergi dengan kumpulan yang besar. Apa omputeh kate “u buy more, u get more!”. Oh ye, pakej diatas dah termasuk dengan transport pergi hotel transfer, boat transfer, notional park fee, lunch, insurance, mask, snorkel and life jacket. Untuk lunch jangan risau, dorang sediakan halal food untuk muslim.


Kami sempat selfie dengan pak cik ni. Haa, korang kalau nak harga macam kami dapat tu, just tunjuk je gambar ni pada pak cik tu. Sebab kami dah janji nak promot service dia pada kawan-kawan di Malaysia.

Ni adalah pakej-pakej yang disediakan kat kedai pak cik tu.

Lepas settle pakej island hoping, kiteorang jalan-jalan sekitar kedai yang terdapat di situ. Kononnya, nak beli topi sebab nak gi pulau takut hitamlah kononnya tp tak jadi. Ada satu kedai mak cik ni yang jual dengan harga yang murah daripada kedai-kedai lain. Kiteorang beli T-shirt I LOVE KRABI kat kedai mak cik ni dengan harga 500 bath untuk 4 helai. Normal price untuk T-shirt ni kat kedai-kedai yang terdapat di situ ialah 150 bath untuk sepasang. Kalau kat kedai lain, korang beli banyak dan tawar pun, aku rasa akan dapat 130 bath paling murah sebab kami dah survey hampir keseluruhan kedai yang terdapat di situ. Tapi kiteorang dapat 125 bath untuk sehelai kat kedai mak cik ni. Nanti aku share gambar kedai mak cik ni sebab ada lagi peristiwa menarik kat kedai mak cik ni.

Lepas beli T-shirt kat kedai mak cik tu, kiteorang terus je balik ke guest house tu sebab semua dah penat, nak tido! Tapi otw balik ke bilik, ramai pulak tukang urut yang tahan kiteorang suruh try massage dorang. Dekat Ao Nang ni memang banyak kedai massage. Bukan main dorang pujuk kteorang sampai pegang-pegang aku tak bagi balik bilik. Akhirnya, aku terpaksa janji dengan dorang yang aku akan datang hari lain untuk try massage dorang. Lepas dah janji barulah dorang lepas kiteorang. Fuhss!


Kiteorg guna monopod ambik gambar, tgk hasil gambar nampak dorang ni buat peace. So, alang-alang tu ajak lah dorang selfie skali. Nampak dorang ni macam nak sangat bergambar dengan kami. Hiks! Sempat jugak la bergambar dengan dorang ni.

Sebelum sampai bilik, kiteorang ada singgah family mart untuk beli air mineral dan sabun basuh baju maklumlah kat popeye tu langsung tak da. Sampai bilik  terus je mandi dan sembahyang then tidur. Hmmm, nikmatnya dapat rehat.

Dan ini adalah perbelanjaan kami pada hari pertama :
Teksi – 600 bath
Popeye Guesthouse – 4000 bath
Pakej island hoping – 9000 bath
Makan malam – 370 bath
t-shirt ILOVEKRABI – 500 bath
air mineral dan sabun – 38 bath


Jumlah keseluruhan perbelajaan hari pertama di Krabi – 14 508 bath.

Ok jumpa lagi di hari kedua. Assalamualaikum dan keep smile! :)

No comments:

Post a Comment