NUFFNANG ADS

Wednesday 19 November 2014

PERCUTIAN 5H4M DI KRABI, THAILAND (HARI KEDUA)


Dalam entry untuk hari pertama, aku lupa nak nyatakan rate bath dengan RM. Ok, 1000 bath bersamaan RM 103.50. Dan dalam entry hari pertama, jumlah perbelanjaan yang aku nyatakan ialah untuk empat orang ya, bukannya untuk aku sorang je.

13 NOV 2014.

Aku bangun agak awal sebab subuh kat sana memang awal sejam dari waktu Malaysia. Lepas sembahyang aku tak terus tidur macam yang aku biasa buat kat rumah, hehe. Maybe sebab excited sgt dengan aktiviti Island hopping yang kiteorg dah book tu. Dalam pukul 7.45 pagi, memang dah cerah time tu kami keluar untuk cari breakfast. Tapi kebanyakkan kedai makan tak bukak lagi, yang bukak pun café. Kiteorang tak masuk sebab tak sure halal ke tak lagipun dalam tu yang jelas mat salleh je. So, kiteorang buat keputusan untuk beli roti dan biskut je kat family mart yang berdekatan. Oh, kiteorang pun beli sudu dengan gelas untuk breakfast. Kat Popeye tu xde ape2, mujur kiteorang dah bawak siap-siap nescafe and milo 3 in 1.

Dalam 8.05 pagi, kami sampai bilik untuk breakfast. Sebelum tu, kiteorang pegi ambik hot water dulu kat receptionist. Selepas siap breakfast kami terus tunggu tuk-tuk kat depan Popeye sebab pak cik tu janji tuk-tuk akan pick up kiteorang jam 8.30 pagi. Tuk-tuk ni kat Ao Nang beach digunakan sebagai kenderaan perantara yang boleh muat ramai orang. Tepat 8.35 pagi barulah ada tuk-tuk yang panjang datang ambik kiteorang untuk ke Phi Phi island. Sebelum tu, ada jugak la tuk-tuk ni stop kat  2 3 hotel lain untuk ambik penumpang lain yang sama-sama join kiteorang ke Phi Phi island.

Ni gambar masa kami dalam tuk-tuk otw ke tempat naik speed boat utk pergi Phi Phi Island. Huu~~~

Sampai je tempat tunggu untuk naik speed boat tu, kiteorang di arahkan tunggu dalam 15 minit untuk settlekan semua pendaftaran sebelum semua sama-sama naik speed boat. Sebelum naik speed boat tu, tour guide tu adalah bagi talk dulu antaranya kami semua tak dibenarkan pakai selipar, mungkin dorang nak jaga kebersihan atas speed boat tu kot. Jadi, korang kene pegang selipar korang untuk naik speed boat.

Untuk pakej Phi Phi Island ni, korang akan lawati 7 buah pulau. Berikut adalah nama kesemuaan untuk 7 pulau:

Bamboo Island;
Maya Bay;
Monkey Beach;
Phi Phi Island;
Viking Cave;
Pileh Bay and lhsamah Bay.

Ya Allah, semua pulau-pulau ni cantik yang amat! 2 buah pulau yang korang lawati tu,  korang boleh snorkeling, 3 buah pulau lagi, korang diberi masa 45 minit hingga ke 1 jam untuk berehat dan bersiar-siar kat sekitar pulau tu dan 2 buah pulau lagi, boat akan stop dan korang boleh tengok pemandangan pulau tu tanpa turun dari boat sebab apa yang tour guide tu bagitahu 2 buah pulau ni dah di beli untuk tujuan bisness.

Ni adalah destinasi untuk pulau pertama. Bamboo Island. Baju tak basah lagi time ni.

Masa atas speed boat ni, korang akan dibekalkan air mineral dengan fresh oren. boleh ambik berapa banyak korang suka. Sebelum balik, sempat kawan-kawan aku rembat air oren masukkan dalam beg untuk di bawa balik. Nak jimat katanya. Nanti gi makan, tak yah bawak air. sapelah tu? Ehem!

Sorang lagi tukang ambik gambar. Thanks Ica!

Aku tak ingat destinasi pulau mana untuk yang seterusnya. So korang tengok gambar jelah. Apak orang kata, "biar gambar berbicara". Ewahh!

Ni masih kat Bamboo Island. Cantikkan? Semua gambar tak di edit tau.

 Ni Maya Bay.

Lupa nama pulau ni, tapi tak silap ni dekat Phi Phi Island.

Yang ni memang Phi Phi Island. Pulau paling femes, pegi Phuket, pegi Krabi, memang wajib pegi pulau ni. Ya Allah, pasir kat pulau ni halus sangat! Kalau korang nak tahu halus macam mana, pegi sentuh garam kat dapur. Haa, halus macam garam!


Pulau kedua yang kiteorang lawati ialah Monkey Bay, kat pulau ni korang diberi masa selama 45 minit untuk snorkeling. Best woo! Dalam jugak tempat kami snorkeling tu. Kawan aku yang sorang, tu tak join snorkeling, takut air katanya. Alhamdulillah for this opportunity. Jom terokai gambar!


Muka happy dapat snorkeling for the first time. Haha!

Ica pun aku rasa baru first time snorkeling sebab excited dia semacam je. Haha!

Perghh, teror kan? Thanks life jacket!

Sempat lagi dorang ni selfie dalam air!

Dah naik juling mata lama sangat berendam dalam air.

Selesai je snorkeling, terus naik ke boat untuk ke pulau seterusnya, kami diberikan buah tembikai buat alas perut. Boleh ambik je banyak mana korang nak selagi tak habis.

Untuk lunch, tak silap aku kiteorang lunch di pulau yang ke enam. Lepas snorkeling, memang agak lapar. Dorang sediakan buffet, so korang boleh makan banyak mana korang nak. Dah bayar pakej mahal, rugilah makan siket. Kiteorang ambik banyak ingat boleh tahan sampai malam. Tapi memang taklah kan, kalau masing-masing perut gajah!

Lauk yang disediakan halal, so jangan risau. Menu utama Tom Yam. Banyak jugak lauk yang di sediakan. Seingatnya lebih dari 5. Spageti pun ada. Ada jugak fruits iaitu nenas dengan tembikai. Air pulak, ada yang sejuk ada yang panas. Kawan aku ambik coffe mate sachet tu letak dalam beg untuk bawak balik bilik, sudahnya tak guna jugak. Jangan tiru aksi ini eh?

Kami semua mengembara ke pulau seterusnya sebaik sahaja semua selesai makan. Selepas semua pulau yang terdapat dalam pakej tu dilawati, apa lagi kami semua pun baliklah! Thanks Allah for this oppurtunity. Tiba je di darat, hujan dah mula turun, lebat sangat woi. Tapi alhamdulillah semua dah settle, kami semua pun dah selamat. Tak boleh bayangkan kalau hujan lebat macam tu sekiranya kami semua masih di laut. Alhamdullillah!

Kiteorang tunggu tuk-tuk untuk balik bilik, lama jugak tunggu sebab jalan stuck kot sebab hujan lebat kan? Dalam 25 minit jugak tunggu, agak lama bagi kami yang tunggu ni sebab tahap kesejukkan dah berada ditahap teratas. Sampai je tuk-tuk semua berebut naik untuk balik hotel masing-masing. Sebelum tuk-tuk tu hantar kiteorang ada la singgah 4 5 hotel untuk hantar penumpang lain dulu. Keadaan jalan raya time tu agak mencabar sebab hujan lebat, jadi kabur dan ada keadaan jalan raya yang dah dinaikki air.

Sampai je bilik, semua  berebut nak mandi. Kiteorang mandi, sembahyang dan berehat kejap sebelum keluar cari makan. Dalam 7.30 ptg kot kiteorang keluar nak cari makan. Masa tu dah gelap. Sebelum jumpa mana-mana restoran kiteorang ada la jugak singgah  2 3 kedai untuk survey barang sebelum buat keputusan untuk beli.

Ni antara kedai yang kiteorang singgah untuk survey 

Akhirnya kiteorang ada jumpa satu restoran ni yang pelanggan dia ramai sangat, so kami fikir makanan kat sini mesti sedap. Tak ingat apa nama restoran ni. Tapi kalau restoran Lemon yang aku pegi makan masa first day tu dye sederet dengan Popoye tapi restoran ni dia bertentangan dengan Popeye tapi kene jalan siket dalam 10 minit menuju ke Ao Nang Beach. Nak masuk restoran ni kene naik tangga dulu tapi aku cadangkan korang tak payah la pegi makan sini. Service dia lambat giler! Kiteorang sengaja order menu sama sebab ingat dorang ni boleh siapkan cepat sebab kiteorang semua dah lapar giler tapi berejam tunggu. Aku rasa hampir sejam lebih jugak kami tunggu, kawan-kawan aku dah lah memang tak boleh tahan sabar kalau bab-bab makan ni. Lepas kiteorang tengok-tengok kat pelayan dia, barulah dorang ni keluar masuk dapur check order. Sampai je order, tengok-tengok nasi goreng yang kiteorang tempeh tu siket sangat. Hmmm, makan jelah dah order. Kiteorang order nasi goreng Thai Seafood 4, shake oren, shake manga dan satu mineral water. Total semua 370 bath. Sekejap je masa yang di ambil untuk makan sebab perut lapar dan makanan pun tak banyak. Lepas siap makan, cepat-cepat kiteorang beredar.

Lupa ambik gambar restoran ni tapi ni rupa dalam restoran tu.

Nasi goreng Thai Seafood. Kurang memuaskan dari segi kuantiti.


Masa tengah jalan nak balik bilik, kiteorang sempat beli pancake banana+nutella kat mak cik yang jual tepi jalan, harga dia 50 bath. Beli satu je, share 4 orang. Kenyang la jugak maybe sebab ada pisang tu yang jadi kenyang.


Gerai pancake tepi jalan.

Dorang sediakan kerusi untuk pelanggan makan kat gerai.


Lepas tu, sebelum balik bilik, kiteorang singgah family mart untuk beli drain cot, stand by untuk esok kalau-kalau hujan. Harga drain cot 35 bath satu. Kaorang nak beli drain kot jangan beli kat family mart sebab mahal. Sebenarnya drain cot ni boleh dapat dengan harga 20 bath je, silap kiteorang tak survey dulu. Otw balik kiteorang dah tak lalu depan kedai massage, takut kene tahan lagi.

Jumlah perbelanjaan hari kedua.

Gelas dan sudu -  80 bath
Makan malam – 370 bath
Pancake – 50 bath
Drain cot – 140 bath

Jumlah keseluruhan perbelanjaan hari kedua – 640 bath (RM 66.24)

Jumlah perbelanjaan untuk seorang – 160 bath (RM 16.56)

2 comments:

  1. Ekin n x snorkelling ! Ruginya ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x. duk dalam boat je sambil telan air liur tgk kiteorang snorkeling. haha

      Delete