NUFFNANG ADS

Thursday 20 November 2014

PERCUTIAN 5H4M DI KRABI, THAILAND (HARI KETIGA)

Aku kene siapkan cepat cerita aku kat Krabi ni sebab lepas ni aku nak focus buat thesis! Ada satu perkara penting aku lupa nak bagitahu, kalau korang rancang nak ke Krabi, korang kene stay kat Ao Nang Beach sebab kat situ la ada pakej island hopping. Dekat Krabi Town tak ada apa sangat.


14 NOV 2014

Macam hari sebelum ni, kiteorang bangun pagi untuk sembahyang subuh. Tapi hari jumaat tu semua sambung tidur balik sebab pakej 4 islands yang kiteorang book tu janji nak datang pick up pukul 9. Dalam 7.30 pagi bangun balik untuk bersiap ke pulau. Dalam 8.30 pagi kiteorang pegi ambik hot water untuk breakfast. Breakfast pagi tu meggi cup dengan hot milo je sebab xsempat nak pegi beli.

Pukul 9 pagi dah tercegat tunggu tuk-tuk. Tapi lambat pulak tuk-tuk sampai hari tu, kiteorang risau takut kene tipu. Rupanya tuk-tuk tu dah tunggu kami kat belakang guesthouse. Kat belakang guesthouse kami ada hotel mewah, Krabi Heritage Hotel. Haa, tuk-tuk tu tunggu kami kat depan hotel ni. Aku memang dah nampak ada tuk-tuk ni kat Krabi Heritage Hotel ni tapi tak terfikir tuk-tuk ni tunggu kiteorang. Tapi aku pun tak sure kot memang tuk-tuk tu singgah ambik penumpang lain kat hotel tu. Ok, lupakan hal tu.

Tuk-tuk tu hantar kami kat tempat tunggu boat yang sama masa kiteorang nak gi Phi Phi Island. Kiteorang kene daftar dulu dan tggu semua siap daftar baru semua naik boat. Eh, sebelum tu, yang arrange untuk ke 4 islands tu offer kiteorang gi 4 islands ni dengan speed boat. Patutnya pakej yang kiteorang bayar tu untuk Long Tail Boat. Tp offer bukan sebarang offer, tambah duit la wei! Kene bayar lagi 800 bath. Lepas bincang-bincang kiteorang pakat terima offer tu. Sebab naik speed boat lagi cepat sampai dan ada sediakan lunch. Tak tahulah nak kata untung ke tak terima offer tu, tapi kiteorang tak merasalah naik Long Tail Boat. Macam rugi jugak tak merasa sebab nak datang Ao Nang lepas ni dah susah.

Bermulalah pengembaraan kami ke pulau menaiki speed boat. Untuk pakej 4 island ni, korang akan lawati 4 buah pulau iaitu:

Tup Island;
Chicken Island;
Poda island and Phranang Cave.

First pulau yang kiteorang pegi ialah Tup island. Kat Tup Island kiteorang diberi masa 45 minit untuk berehat sambil tengok-tengok keadaan sekitar. Cantik sangat Tup Island ni, kat lutut dah nampak ikan. 

Tengok tu,banyak kan ikan? Tour Guide kiteorang gitau ikan tu namanya "Tiger Fish"


Dekat sebelah Tup Island ni ada pulau lain yang korang boleh pergi melalui jalan kaki je tau. Amazing kan?

Nampak tak ada sekumpulan manusia yang menyeberagi laut kat belakang tu? haa, dorang nak pergi ke pulau bersebelahan Tup Island lah tu.


Sebelum naik boat untuk ke pulau seterusnya.

Selepas Tup Island, kiteorang pergi ke Chicken Island. Kat Chicken Island ni, kiteorang boleh snorkeling. Oh, dalam pakej 4 islands ni, jarak antara pulau-pulau ni berkekatan je. Dalam 15 minit dah boleh sampai kat pulau seterusnya, 

Chicken Island

Lepas snorkeling, kiteorang singgah satu pulau just untuk lunch. Dorang bagi masa dalam 45 minit untuk lunch. Settle lunch, kiteorang jalan-jalan sekitar pulau tu sebab ada masa lagi. Sempat ambik 5 6 keping gambar kat pulau ni.

Ni pulau yang kiteorang stop untuk lunch. Pulau ni tak de dalam pakej 4 islands.

Selepas 45 minit, semua naik boat untuk ke pulau seterusnya, Poda Island. Kiteorang diberi masa kat pulau ni agak lama, dalam 1 jam 30 minit kot. 

Ni of course kat Poda Island



Habis je masa yang diberikan untuk Poda Island, kiteorang gerak ke pulau yang seterusnya dan terakhir iaitu Phranang Cave. Phranang Cave ni jadi tumpuan jugak sebab batu-batu kat pulau ni cantik dan unik. Dekat Phranang Cave ni jugak ada tempat pemujaan kaum-kaum tertentu. Dan kat sini jugak korang boleh rock climbing. Tapi berbayar la!

Phranang Cave. (gambar dari google)

Model not available! Shes taken. :P


Selesai je berehat kat Phranang Cave ni, kiteorang balik sebab 4 4 pulau dah jelajah. Macam hari kedua jugak, boat turunkan kiteorang kat jeti then tunggu tuk-tuk untuk balik hotel. Arini tunggu tuk-tuk sekajap je sebab cuaca OK tak macam semalam hujan lebat.


Sampai je bilik terus bilik mandi, sembahyang dan berehat kejap sebab malam nanti kiteorang akan ke Krabi Night Market. Kalau korang nak tahu, Night Market ada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad je. So, rancang betul-betul percutian korang ke Krabi ni. Dalam 7.30 petang kiteorang keluar untuk cari tuk-tuk untuk ke Krabi Night Market. Sewa sebuah tuk-tuk ke Krabi Night Market biasanya 800 bath tapi keteorang tawar dapat 780 bath je. Sebuah tuk-tuk boleh muat sampai 8 orang, so kalau korang pergi dalam kumpulan yang ramai, memang boleh cut kos. Perjalanan ke Krabi Night Market ni mengambil masa 45-50 minit. Agak jauh, sampai mengantuk aku. kiteorang sampai Krabi Night Market dalam 8.30 malam gak.

Krabi Night Market



Dekat Krabi Night Market ni macam2 ada jual. Kalau pegi Krabi kene singgah sini. Kat sini, aku beli nasi kerabu dengan harga 30 bath. Packaging dorang cantik!, aku lupa ambik gambar. Aku beli fried chicken, 10 bath je. Murah kan? sebab kat Malaysia aku rasa dah tak da ayam goreng RM 1. Aku pilih yang spicy, perghh, berapi woi! 

T-shirt kat sini 100 bath je tapi dari segi kualiti, ok lagi beli kat Ao Nang Beach. Tapi aku rembat jugak 2 helai. Oh, aku pun ada beli bag untuk mak tersayang, acece. Kiteorang ronda sini beli souvenir kat kawan-kawan dan makanan sampai jam 9.30 malam. Siap semua shopping, kiteorang pergi balik cari tuk-tuk yang kiteorang tempah tu untuk balik hotel. Korang jangan risau, 780 bath yang korang bayar untuk pergi Krabi Night Market tu adalah untuk pergi dan balik, dan driver tuk-tuk ni akan tunggu korang sampai korang penat shopping. Dalam 10.30 kiteorang sampai bilik, penat giler kot nak sampai bilik sebab jauh. Kawan aku sampai dah tersengguk-sengguk dalam tuk-tuk. Kesian!

Sampai bilik, terus makan. Sedap sangat nasi kerabu. Lain rasanya dari nasi kerabu Abang Wan Tg Malim tu tapi one word, sedap! Dah siap makan seme, apa lagi tidurlah. Esok nak naek gajah pulak!

Jumlah perbelanjaan hari ketiga :

Upgrade pakej 4 islands - 800 bath/4 orang
Sewa tuk-tuk ke Krabi Night Market - 780 bath/4 orang
Souvenir - 288 bath
Nasi Kerabu - 30 bath
Fried Chicken - 10 bath
T-shirt - 100 bath
Bag - 100 bath

Jumlah perbelanjaan keseluruhan hari ketiga - 923 bath (RM 95.53)

1 comment: